Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat yang saya hormati sekelian. Semoga sekelian anda berada didalam kandungan sihat wal'afiat dan dapat mengerjakan amal ibadah masing masing di dalam keadaan selamat dan sempurna. Amin.
Izinkan saya berkongsi satu perbincangan soal pengetahuan agama di antara saya dengan seorang ustaz baru baru ini. Sembang bab 'Syaitan'!
Kelmarin dulu sebelum bermulanya Solat Jumaat, di masjid kariah saya, seorang Ustaz jemputan menyampaikan tazkirah agamanya kepada kami para jemaah.
Di antara isi kandungan tazkirah beliau adalah beberapa kenyataan yang terus menyalahkan 'Syaitan' bilamana Sang Ustaz bercerita bahawa 'Syaitan' berada di waktu kejadian Adam dan melihat dengan penuh minat akan keadaan 'patung' Adam semasa sedang di bentuk oleh Allahu Ta'ala!
Sang Ustaz menceritakan bahawa pada lembaga Adam terdapat 9 rongga dan Syaitan berfikir bahawa ia mudah meresap masuk ke dalam lembaga Adam melalui sekelian rongga tersebut!
Saya sedang mengkaji bab ini sejak tahun 2010 dan sedang menulis sebuah skrip filem berunsur Agama Islam berjudul 'Dilemma Syaitan'.
Maka sudah tentu apa yang di sampaikan Sang Ustaz itu menarik perhatian dan tumpuan saya.
Saya bertemu dengan ustaz yang menyampaikan tazkirah itu secara kebetulan di bilik Ketua Imam semasa saya singgah ziarah kawan saya itu seperti kelaziman saya setiap kali sesudah bersolat Jumaat di masjid kariah saya.
Tidak lengkap rasanya bagi saya jika tidak bertemu muka bertegur sapa dengan sahabat saya Ketua Imam itu dan berpeluk 'Arab' dengan beliau.
Sesudah bersalam salaman dengan ustaz dan sahabat saya Ketua Imam, saya sempat meminta izin untuk bertanya sang ustaz tentang isi tazkirah beliau sebelum Solat Jumaat tadi.
Saya bertanya Sang Ustaz tentang di manakah syaitan berada kini semasa Ramadhan?
Sang Ustaz pun berkata menurut apa yang ia ketahui sedang di belenggu di Neraka.
Kemudian saya bertanya lagi tentang apakah asal usul Syaitan?
Beliau berkata asalnya Syaitan itu dari golongan Malaikat. Hmmm....
Saya memperbetulkan pendapat Sang Ustaz dengan memperingatkan beliau bahawa itu tidak benar.
Syaitan itu di jadikan Allah dari unsur api dan dari keturunan Jin manakala para Malaikat di jadikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala daripada Nur @ Cahaya!
Ustaz mengiyakan apa yang saya katakan itu seraya terangguk angguk tanda setuju.
Saya terus berkongsi dengan ustaz bahawa sifat Jin di ciptakan Allah Azza Wa Jalla dengan kemahuan sama seperti Adam yang bakal di ciptakan kemudian manakala para Malaikat pula tidak mempunyai pilihan.
Malaikat malaikat cuma mendengar dan taat kepada Allahu Rabbi! Tidak bebas bagi mereka melakukan sesuatu di atas rasa naluri diri sendiri.
Ustaz mengangguk setuju. Seterusnya saya berkongsi lagi tentang beberapa perkara berkaitan makhluk Allah yang di gelar sebagai Iblis atau Syaitan.
Fakta 1 : Iblis @ Azazil telah sedia berada di Jannahtul Firdaus lama sebelum Adam diciptakan Allah lagi!
Hakikat nya Azazil ~ Iblis @ Syaitan adalah suatu makhluk ciptaan Allahu Rabbi dari unsur Api dan berkedudukan sebagai Ketua segala Jin dan pada asalnya di izinkan Allah untuk bersama para MalaikatNya di Jannahtul Firdaus @ Syurga tingkat tertinggi!
Ia di katakan oleh para guru2 Tasawwuf sebagai suatu makhluk yang amat warak terhadap Allahu Ta'ala!
Manakan boleh ia berada bersama sama Malaikat malaikat Allah di Syurga Jannahtul Firdaus sekiranya awal awal lagi ia engkar terhadap Rabbul Alamin?
Fikirkan itu!
Bilamana Allah mahu mencipta Adam, para Malaikat yang mempersoalkan perancangan Allahu Ta'ala dengan mengatakan bahawa Adam yang merupakan manusia pertama akan menimbulkan kerosakan di bumi ini.
Perkara ini di wahyukan didalam Ayat ke 30 di dalam Surah Al Baqarah:

Transliteration
Wa-ith qala rabbuka lilmala-ikati innee jaa ilun feel-ardhi khaleefat* Qaloo ataj aalu feeha man yufsidu feeha wayas fi kuddi maa wanahnu nusabbihu bihamdika wanu qaddisu lakk *qala innee a'lamu ma la ta' lamoon!Malay
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".Kajian saya berdasarkan rujukan kepada kitab kitab Hadith dan 'berfikir di luar kotak' menggunakan akal kurniaan Allah kepada saya sendiri.
Bukankah ini salah satu kelebihan yang Allahu Ta'ala berikan kepada mereka yang mahu berfikir?
Soalan : Bagaimanakah Azazil boleh dibenarkan Allah untuk berada di Jannahtul Firdaus pada awal nya lagi sebelum Adam di ciptakan secara zahir?
Kerana pada awalnya Azazil itu amat lah warak dan tekun beribadah menyembah Allahu Ta'ala tanpa engkar walau untuk sedetik!
Ia pada awal kejadiannya di ciptakan Allahu Rabbi sama seperti mana mana makhluk yang suci dan bersih dari sebarang kejahatan semulajadi di dalam sifatnya.
Bukan sembarangan makhluk yang boleh berada di Syurga Allah malah Azazil di terangkan berada bersama para Malaikat di dalam Al Quran sendiri!
Malah ia begitu bagus dari segi amal ibadahnya menyembah Allah Tuhan Maha Agung sehingga ia berkedudukan sebagai Ketua segala Jin2 ciptaan Allah.
Namun hakikat bahawa Allahu Ta'ala mempunyai Perancangan Agong @ Master Plan untuk mencipta segala yang baik dan segala yang berlawanan dengan nya bagi mengimbangi kehidupan.
Maka bagi orang yang mahu berfikir, perlu lah faham bahawa Azazil itu tidak dicipta Allah begitu sahaja.
Kita sering juga membaca 'La tataharroku zarrah tun illa bi iz nilLah' bahawa 'tidak akan bergerak segala sesuatu walau sekecil zarrah @ 'atom' tanpa Izin Allah!
Sudah tentu ada perancangan Allah untuk menjadikan Azazil itu sebagai 'Syaitan' @ makhluk ciptaan Nya yang di takdirkan Allahu Ta'ala sendiriuntuk mengengkari perintahNya untuk sujud terhadap Adam!
Manakan mahu mana mana penghuni syurga Allah seperti Azazil untuk menjejaskan kedudukan mereka di sana dengan menurut hawa nafsu dan kehendak mereka sendiri?
Bukannya mudah untuk mana mana makhluk Allah bagi mendapat keizinan Allah untuk berada di dalam syurga syurga Nya!
Tujuan perkongsian saya ini tentang bab asal usul Syaitan dan takdir Ilahi ke atas dirinya serta keturunan nya adalah untuk menyedarkan sesama kita bahawa tidak patut kita selaku manusia keturunan Nabi Adam Alaihis Salam terus menerus menyalahkan Syaitan ke atas dosa dosa dan kesalahan kesalahan yang kita lakukan sendiri!
Sekarang kita serta segala kejadian Allahu Rabbi sedang berada di dalam bulan Ramadhan nan mulia di mana segala pintu pintu syurga Allah di buka seluas luasnya manakala segala pintu pintu neraka Allah di tutup dan di kunci serapat rapatnya!
Segala jenis Syaitan dan Iblis di belenggu dan di rantai didalam neraka neraka Allah, tidak terlepas walau satu pun dari kalangan makhluk itu ke dunia kita ini selama berlangsung nya bulan Ramadhan.
Namun kita semua sedia maklum bahawa di dalam bulan yang mulia ini pun masih ada di kalangan manusia manusia yang mengaku diri mereka sebagai orang orang yang beragama Islam dan menyembah Allah, selamba sahaja terus melakukan dosa dosa, baik dosa dosa yang kecil mahu pun yang besar di dalam Ramadhan!
Maka apakah patut Syaitan serta segala Iblis atau pun dari kalangan Jin jin kaffir yang kini terpenjara di neraka neraka Allah terus di persalahkan manusia termasuk Sang Ustaz yang menyampaikan Tazkirah sebelum Jumaat semalam?
Bukannya niat saya mahu menjadi 'The Devil's Advocate' @ ' Peguambela Syaitan' tetapi lebih kepada mahu Keadilan Sejagat di tegakkan demi Allahu Rabbul Alamin dan di atas dasar prinsip pegangan saya bahawa 'The truth must be told no matter what so Justice can live!' @ 'Kebenaran itu mestilah di nyatakan supaya Keadilan dapat hidup!'
Islam itu adalah satu satunya agama yang di redhai Allah dan ia nya tetap kekal berasaskan keadilan.
Surah Al Imran Ayat ke 19:

Transliteration
Innaad deena aindAllah al-islamu wama ikhtalafa allatheena ootoo alkitaba illa min baa'di ma jaa aahumul ilmu baghyan baynahum waman yakfur bi-ayatillahii fa-innaAllah ha saree uul hisabMalay
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.Namun bilamana kita fikirkan tentang nasib Azazil yang di takdirkan Allah untuk engkar terhadap Perintah Allah supaya tunduk sujud terhadap suatu makhluk Allah yang lain yakni Adam Alaihis Salam, sanggup kah kita semberono mengenepikan hakikat bahawa keadaan itu berpunca dari ketetapan Allah iaitu ''La tataharroku zarrah tun illa bi iz nilLah'!
Bahawa 'tidak akan bergerak segala sesuatu walau sekecil zarrah (atom) sekalipun tanpa Izin Allah!'
Jika kes Azazil ini di bawa ke Mahkamah Dunia Manusia maka akan ada hujah dari peguambela Azazil bahawa ia tidak bersalah dari segi teknikal kerana enggan sujud terhadap suatu makhluk ciptaan Allah yang lain!
Azazil hanya akan sujud dan tunduk menyembah Allahu Ta'ala dan bukan nya perlu ia pergi menyembah suatu makhluk yang lain serupa dengan nya!
Dari segi logik, memang boleh menang kes. Bab Akidah!
Tetapi hakikat bahawa segala nya yang telah berlaku telah pun di tetapkan Allah sendiri dan Ia Maha Mengetahui akan apa yang Ia telah rancangkan untuk manusia dan segala jin serta kejadian yang lain takkan mampu sesiapa pun untuk mempersoalkannya!
Ini pemikiran kritis! Berfikir di luar kebiasaan dan lumrah manusia.
Selamba sahaja Sang Ustaz terus menyalahkan Syaitan di dalam tazkirahnya tanpa mengambil kira akan ketetapan Takdir Ilahi keatas suatu makhluk ciptaan Allah itu sendiri?
Suatu makhluk yang pada asal ciptaannya telah di pun muliakan Allah Azza Wa Jalla dengan di lantik Nya akan Azazil itu mengetuai kaum Jin dan telah di tempatkan Si Azazil itu di Jannahtul Firdaus, di kalangan para malaikat malaikat Allah!
Orang orang kaffir Kristian sering meletakkan beban dosa mereka terhadap 'Jesus Christ' yang di salah tanggap mereka sebagai 'Anak Tuhan' @ 'The Son of God' yang di salib mati demi menebus dosa dosa sekelian manusia yang percaya kepada nya!
Kambing Hitam lagi!Kambing Hitam pertama adalah Azazil!
Ini bersalahan dengan hakikat bahawa Isa ibnu Maryam itu hanya seorang Rasul Allah yang di utuskan kepada kaum nya Bani Israel!
Isa yang di ciptakan Allah untuk ujud tanpa seorang bapa di dalam rahim ibunya Maryam binti Imran dengan hanya sebutan perkataan 'Kun Faya Kun' oleh Allahu Rabbul Alamin!
Surah Maryam Ayat ke 35:

Transliteration
Ma kana lillahi anyatta khizha min waladin subhanahu itha qadha amran fa-innama yaqoolu lahu kun fayakoonMalay
Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.Orang orang Kristian menjadikan Nabi Isa sebagai 'kambing hitam' mereka.
Mereka bersalah anggap bahawa Isa yang mereka percaya sebagai 'Anak Tuhan' di utuskan Allah semata mata untuk menanggung segala dosa dosa mereka!
Siap boleh pergi menebus dosa dengan mengaku di hadapan paderi mereka bahawa mereka telah berdosa begitu begini dan sang paderi ada kuasa pulak untuk mengampunkan segala dosa si pendosa pendosa tersebut!
Lantik diri sendiri sebagai pengampun dosa. Padahal dunia sering di kejutkan dengan pendedahan salah laku seksual begitu ramai paderi dan rahib yang pada awalnya bersumpah untuk mengamalkan kehidupan murni tanpa berkahwin. Ini berlawanan dengan fitrah mausia.
Umat Islam pula sering meng'kambing hitam'kan Syaitan @ Azazil sebagai punca kepada segala dosa dosa yang mereka lakukan sendiri!
Berapa ramai di kalangan orang orang yang Alim bertukar menjadi Zalim dengan menyalahgunakan ilmu agama, pangkat dan kedudukan mereka yang tinggi untuk memperdayakan dan memangsakan orang orang yang jahil!
Guru guru agama dan ustaz ustaz sering di tangkap pihak berkuasa di atas jenayah salahlaku seks dan sebagainya. Mereka ini yang saya kategorikan sebagai 'Alim yang Zalim'!
Bila dah kena tangkap, selalu lah sangat mereka memberi alasan 'Entah Syaitan mana yang merasuk saya!''Ma'afkan saya!'
Sendiri yang bikin kerja ; nama Syaitan pula kena jaja! Adakah patut?
Sekarang, Syaitan @ Azazil terpenjara di Neraka bersama segala kaum kerabatnya!
Apakah masih boleh menyalahkannya di atas dosa dosa yang umat Islam sering lakukan dengan kemahuan sendiri?
Sebenarnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala Maha Berkuasa dan Maha Perkasa. Ia mampu memuliakan atau menghina mana mana makhluk ciptaan Nya. Firman Allahu di dalam Surah Al Imran ayat ke 26:

Transliteration
Qulillah humma maalikal mul kitu' teel mulka man tasha oo watanzi uul mulka mimman tasha uu wat ta izzu man tasha uu watu thillu man tasha uu biyadikaal khayru innaka aala kulli shayin qadeerMalay
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.Cuba tuan puan bayangkan apa keadaan nya jika Azazil turut sujud kepada Adam Alaihis Salam bersama sama dengan sekelian malaikat?
Akan di usir kah Azazil dari Syurga Allah?
Apakah akan ada sebab musabab untuk Allah Subhanahu Wa Ta'ala memerintah akan Adam Alaihis Salam dan isterinya Sayyidatina Hawwa Radhiallahu Anha keluar dari Syurga Allah?
Sekelian umat manusia tidak akan ujud di bumi ini dan Azazil serta Adam Alaihis Salam bersama isteri nya Sayyidatina Hawwa Radhiallahu Anha akan masih terus berada di Syurga Allah bersama segala penduduk langit.
Artikel ini bukan berniat mahu membela Syaitan semata mata tetapi sekadar mahu memperingatkan para pembaca untuk mengambil tanggungjawab di atas tindak tanduk diri sendiri setiap masa dan tidak lah senantiasa menyalahkan Syaitan sepanjang masa di atas segala salah silap kita.
Hakikatnya segalanya telah pun berlaku dan zaman sudah berganti zaman dengan kita ini anak cucu Adam Alaihis Salam kini hidup di Akhirul Zaman.
Sudah lebih dari 124,000 orang para Nabi dan Rasul di utuskan Allah sejak azali dan sudah 1382 tahun Rasul Sallallahu Alaihi Wassallam wafat pergi meninggalkan kita semua.
Bawa bawa lah bermuhasabah diri dan belajar mengendalikan saki baki kehidupan kita di dunia yang fana ini dengan lebih bererti tanpa terjerumus dengan dosa dosa yang mampu menjerumuskan kita ke jurang Api Neraka!
Na'uzubillahiminzalik!
Mudah2an Allah mengampunkan segala dosa dosa kita semua dan menjauhkan kita dari turut tergolong di kalangan mereka yang rugi di dunia dan di akhirat!
Berwaspada lah terhadap desakan hawa nafsu kita yang senantiasa bergejolak dan mampu memesongkan kita dari jalan yang Allah Redhai.

Transliteration
Rabbana la tuzigh quloobanabaAAda ith hadaytana wahab lana min ladunkarahmatan innaka anta alwahhabMalay
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.Amin! Amin! Ya Rabbal Alamin!
Segala yang benar dan baik itu dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala jua dan andainya ada salah dan silap dari segi fakta dan pendapat adalah khilaf saya sendiri.
Semoga ada manfa'at dari perkongsian ini terhadap penghayatan Ad Deenul Islam kita.
Insya Allah. Wabillahi Taufik Wal Hidayah!
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.