Quantcast
Channel: MAHAGURU58
Viewing all articles
Browse latest Browse all 505

TABUNG HAJI MENAFIKAN PELABURAN DI AMERIKA SYARIKAT! KENYATAAN RASMI YANG BARU SAYA TERIMA.

$
0
0

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan2 dan Puan2 para Muslimin dan Muslimat sekelian,

Ini adalah kenyataan rasmi yang baru saya terima dari Pengurus Media Tabung Haji, Tuan Haji Mohamad Naser bin Jaffar bagi sebaran umum berikutan tohmahan bahawa Tabung Haji telah membuat pelaburan membangunkan projek hartanah di bandaraya Detroit, Amerika Syarikat.
Memang banyak pihak yang iri hati dengan kejayaan Tabung Haji Malaysia didalam menyediakan perkhidmatan pengendalian urusan jamaah haji yang terbaik di dunia.

Namun, tahun demi tahun Tabung Haji mencapai keuntungan berlipat ganda hasil dari pengurusan dan pentadbiran yang cekap serta menjadi perintis kepada negara negara lain untuk mencontohi cara Tabung Haji beroperasi.

Kerajaan Arab Saudi amat menghargai usaha Tabung Haji Malaysia menyediakan perkhidmatan pengurusan jemaah haji dan umrah yang terbukti cukup berintegriti dan berjaya sehingga jemaah haji Malaysia amat di hormati dan di hargai Kementerian Haji Arab Saudi sebagai jemaah yang terbagus dari segi disiplin semasa mengerjakan amal ibadah di Tanah Suci.

Bagi anda yang inginkan sebarang pengesahan tentang sebarang berita atau cerita berkaitan dengan Tabung Haji, jangan bertanya dengan pihak ketiga yang belum tentu kesahihan maklumat dari mereka.

Sila hubungi Tabung Haji terus di talian rasmi mereka yang tertera dibawah:


Jangan cepat percaya dengan sebarang khabar angin yang di sebarkan mana mana makhluk yang tidak sedar akan para Malaikat Raqib dan Atid yang senantiasa mencatat segala amalan manusia.



Tuan Haji Mohamad Naser bin Jaffar, Pengurus Media Tabung Haji (jejaka hensem pertama dari kanan) sedia membantu anda! Anda boleh mengirim emel kepada beliau di alamat naser(at)lth.gov.my. Insya Allah!

Majulah Tabung Haji untuk Negara!

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 505