Quantcast
Channel: MAHAGURU58
Viewing all articles
Browse latest Browse all 505

Datuk Fuad Hassan kembali ke Rahmat Allah! Al Fatihah! Maklumat Majlis Pengkebumian Allahyarham.

$
0
0
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji Uun! Al Fatihah!

Isnin. 8hb Disember 2014.

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Hassan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dipercayai akibat sakit jantung pada 12.20 tengah malam tadi .

Abang Allahyarham Tan Sri Musa Hassan berkata, adiknya disahkan meninggal dunia selepas dirawat di hospital berkenaan apabila rebah ketika menghadiri satu majlis makan malam yang diadakan kelmarin di Kemaman, Terengganu.


Datuk Fuad Hassan adalah anak kedua kepada tokoh pengajian Al-Quran Tan Sri Hassan Azhari manakala Tan Sri Musa Hassan yang juga abang sulung kepada Allahyarham adalah bekas Ketua Polis Negara kita. Datuk Jalaludin Hassan, seorang pelakon, adalah adik kepada Allahyarham.


Berikut adalah butiran maklumat  mesej WhatsApp tentang perancangan majjlis pengkebumian janazah Allahyarham yang saya terima secara peribadi dari Tan Sri Musa Hassan sebentar tadi :


" Tan Sri Musa Hassan: PERGERAKAN JENAZAH


Jenazah Allahyarham Dato Fuad Tan Sri Hassan akan di ambil oleh Pihak PDRM dan akan di mandikan serta di kafankan di IPD Kuantan.  


Sebaik sahaja  selesai, jenazah akan terus dibawa ke rumah beliau di No.52, Jalan 4M, Ampang Jaya, Selangor. 


Jenazah akan di kebumikan seawal jam 11.00 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Teratai, Ampang.


Mohon dipanjangkan kepada semua yang mengenali Allahyarham."




Bersama lah kita mendoakan agar ruh Allahyarham di Rahmati Allahu Ta'ala dan di tempatkan bersama sama mereka yang di redhai Allah. Amin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 505