Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selamat pagi semua. Mudah2an anda semua berada didalam keadaan sihat sejahtera hendaknya, Insya Allah.
Sebentar tadi Saudara Amierul dari Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur, seorang pembaca FB saya, menghantar pesanan melalui Whats App bertanya tentang 'Bagaimana untuk menjadi seorang yang berani?'
Ini jawapan saya kepada beliau:
Pertama sekali keberanian seseorang Muslim tertakluk kpd tahap Keimanan nya terhadap Allahu Rabbul Alamin.
Jika Iman kita goyah dan Amalan kita tak sempurna, susah bagi kita untuk berani di dalam ertikata sebenar.
Keberanian kita sebagai makhluk tergantung kepada apa yang ada pada kita?
Jika Akidah kita tidak sempurna kita kan takut menghadapi org lain yang mungkin lebih berilmu pengetahuan dari kita. Kita akan segan untuk berhujah atau berdebat dengan mereka.
Sebab itu ayat pertama sekali di wahyukan kepada manusia dari Allah adalah 'Iqra'! @ Baca lah!
Hanya dengan membaca dan menimba Ilmu Pengetahuan yang Hakiki dapat seseorang berubah dari keadaan diri nya yang jahil kepada alim.
Alim tidak sekadar warak dari amal ibadah tetapi lebih kepada yang mengetahui. Seperti seorang yang mahu belajar silat.
Jika ia tidak mempelajari teknik dan cara mematahkan serangan lawan besar kemungkinan ia akan tersungkur kalah di belasah musuh nya yang lebih handal. Begitu juga dengan kita.
Perlu belajar segala ilmu yang perlu di kuasai untuk keperluan kita di Akhir Zaman ini.
Nak kena tahu bab Teknologi Maklumat. Cara guna nya. Baik dan buruknya. Natijah salah guna media sosial. Tahu adab dan sopan santun Melayu walau ketika bermesej atau berblog.
Tahu Halal Haram sesuatu perbuatan walau ada peralatan dan perkakasan secanggih mana pun.
Jangan berani melempar fitnah atau caci maki tetapi takut mendedahkan diri sebenar dengan menggunakan ikon entah apa apa atau nama samaran. Itu bacul namanya!
Kedua nya sifat berani pasti wujud pada diri seseorang yg bebas dari hutang. Baik hutang dari segi kewangan atau terhutang budi.
Sebab itu seseorang yang hendak pergii menunaikan Haji atau Umrah diwajibkan bebas dari hutang atau minta dihalalkan segala hutang piutangnya.
Seseorang miskin yang bebas hutang dapat tidur lena berbanding si kaya yang berhutang kepada bank dan sebagainya.
Berani itu bergantung kpd banyak perkara.
Berani tidak bertempat pasti mengundang padah. Perlu bijak mengendali diri bergantung kepada suasana dan keadaan semasa.
Orang lain merusuh tak tentu arah berdemo tak tentu pasal jangan lah pulak kita nak tumpang sekaki.
Percuma saja merasa hayunan belantan FRU dan tidur dalam lokap manakala si penghasut atau ketua demo sedap berdengkur di bilik hotel 5 bintang gembira dapat mengganggu keharmonian negara!
Perlu tahu asas sesuatu perjuangan atau perkara sebelum kita berani turut serta.
Ada banyak lagi fakta fakta tentang keberanian tetapi cukup dulu setakat ini. Saya ada urusan nak di selesaikan sekarang.
Insya Allah kita sambung di lain kali. Sehingga ketemu lagi.
Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh!