Quantcast
Channel: MAHAGURU58
Viewing all articles
Browse latest Browse all 505

DBKL di katakan makan rasuah di Taman Tenaga, Cheras, KL! Benar ke?

$
0
0






DBKL (Cawangan Bandar Tun Razak) Cheras, KL di katakan menerima rasuah dari para penggerai makanan di sepanjang Jalan Sembilang, Taman Tenaga, Bandar Tun Razak, 56000, Cheras, Kuala Lumpur kerana sudah semakin terlampau cara penggerai penggerai disana membina sambungan bumbung gerai gerai mereka sesuka hati sehingga ada yang menceroboh lot lot parking kereta!



Video2 di atas saya rakam pagi tadi selepas sekian lama saya merasa sakit hati apabila susah untuk mendapat lot parking bagi meletakkan kereta saya bila saja ada urusan di Taman Tenaga seperti membeli makanan atau ubat-ubatan di farmasi di situ.

Sudah terang lagi bersuluh dari rakaman rakaman video video di atas ini bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan cara para penggerai penggerai makanan di Jalan Sembilang, Taman Tenaga ini bebas membesarkan ruang gerai mereka dengan membina sambungan sambungan secara haram di depan dan sampai ke belakang!

Ada dua tiga gerai membina sambungan berbumbung menceroboh masuk ke ruang letak kereta di hadapan dan ada yang telah menyimen lot lot parking kereta itu dengan ketinggian 5 ke 6 inci dari jalan tar!

Apakah DBKL membenarkan semua ini?

Bukankah melanggar segala peraturan yang sedia ada?

Saya bertanya seorang lelaki India yang memakai unifom DBKL tadi semasa saya singgah di gerai buah tentang segala sambungan2 haram tersebut dan bagaimana lot2 parking habis di ceroboh para penggerai?

Beliau berkata 'supervisor DBKL' makan rasuah setiap bulan ada masyuk! Sebab tu jadi begitu!

Apakah benar semua ini?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 505