Quantcast
Channel: MAHAGURU58
Viewing all articles
Browse latest Browse all 505

Harun Salim Bachik disemadikan di Raudhatul Sakinah KL-Karak, Batu Muda.

$
0
0
Original Image Belongs to NST. Re-edited by Mahaguru58

Pelakon dan pelawak terkenal tanahair Harun Salim Bachik @ Haron Aminar Rashid bin Salim, 55 tahun meninggal dunia semalam 8hb Mac 2015 ketika berada di Hentian Rehat & Rawat Gunung Semanggol, Perak.

Allahyarham sedang dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Pandan Perdana, Kuala Lumpur selepas ke Pulau Pinang.

Allahyarham Harun Salim Bachik adalah mantan Presiden Persatuan Seniman Malaysia.

Janazah arwah di bawa dengan Ambulans JPAM dari Hospital Taiping dan tiba ke kediaman arwah jam 1:15pagi 9hb Mac 2015.

Allahyarham Harun Salim Bachik di mandi dan di kafankan di Surau Al Mutmainnah, Pandan Perdana jam 9.00 pagi tadi dan kemudian nya di adakan Solat Janazah untuk arwah dengan berimamkan anak lelaki sulungnya.


Foto Astro Awani
Arwah disemadikan di Raudhatul Sakinah, KL-KARAK, Taman Batu Muda, off Batu Caves pagi tadi. 

Sebuah tanah perkuburan yang sungguh teratur pengurusannya dan elok sungguh penjagaan nya. Raudhatul Sakinah ini di kendalikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).









Rakan rakan seperjuangan bergambar kenangan sesudah majlis pengkebumian selesai dan sebelum masing masing beredar pulang dan meneruskan kehidupan.


(Dari Kiri) Norman Hakim semakin gagah orang nya. Fizz Fairuz kurus pulak orangnya. Kapt Mohd Nor Bond tetap steady. Hero badan besar berbaju petak saya tak sempat tanya nama walau sering bertemu di dalam acara acara Seniman. Maafkan saya.



Saya dok usik Kapt. Khir Mohd Noor, bila nak keluar album baru? Sebab wajah beliau seiras penyanyi Dato' Hattan! Maka saya suruh mereka berdua posing sekejap! Kembar seiras ; lain ayah dan ibu!


Ni ada sorang enter frame mengaku adik pula! Layan aja lah.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Ini adalah ketetapan hidup. Yang boleh kita lakukan adalah dengan mengambil iktibar akan kematian saudara kita Haron Aminar Salim Rashid @ Harun Salim Bachik dan berusaha untuk memperbaiki diri serta rajin beribadah kerana Allah dan tidak sombong meninggikan diri.

Semoga ruh arwah Harun Salim Bachik akan di rahmati Allahu Rabbil Alamin. Amin Ya Rahman Ya Rahim.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 505