Mantan Perdana Menteri ke 4 Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamad terkenal sebagai seorang yang tidak berdolak dalih di dalam berbicara.
Tun Dr.Mahathir ini jenis manusia yang suka bercakap terus terang. Tak adanya nak berdondang sayang, membuang masa, cakap satu maksud nya pula lain.
Tun sudah membuka mulut memberi amaran bahawa jika Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Najib Tun Razak meneruskan pencukaian GST 6% ke atas serba serbi barangan penggunaan umum, maka ada kemungkinan rakyat akan bertindak dengan mengundi pihak pembangkang!
Saya berpendapat sama seperti Tun Dr.Mahathir dan boleh agak apa yang telah berlaku kepada kejatuhan Kerajaan Negeri BN di Pulau Pinang pada tahun 2008 dan Selangor ke tangan Pakatan DAP-PKR-PAS pada 2013 mungkin boleh berlaku kepada Kerajaan Persekutuan pulak di dalam PRU ke 14 akan datang walaupun pakatan pembangkang itu tidak ada sebarang jasa sangat kepada rakyat di negeri2 berkenaan di dalam PRU ke 13 yang lalu.
Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP disebabkan pentadbiran lemah Tan Sri Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Kerajaan Negeri BN dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia! Koh Tsu Koon gagal menangani pelbagai masaalah yang di hadapi rakyat Pulau Pinang seperti masaalah pencemaran teruk persisiran pantai di Jelutong, Sg.Pinang sampai ke Weld Quay di Tanjong. Penutupan kilang2 di Bayan Lepas dan Seberang Perai, masaalah2 perumahan rakyat dan lain lain.
Selangor jatuh ke tangan PKR kerana sikap dan keangkuhan Menteri Besar BN dari UMNO, Datuk Seri Khir Toyo yang menghina pegawai2 tinggi Majlis2 Perbandaran di Selangor dengan menghadiahkan penyapu kerana kurang mengutip hasil dari rakyat. Ia juga di dapati bersalah melakukan penyalahgunaan kuasa dan pengaruh didalam pembelian aset hartanah untuk keuntungan peribadinya dan lain lain masaalah berbangkit.
Najib Tun Razak gagal mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia dengan membiarkan pelbagai masaalah sosial, ekonomi dan keagamaan menjejaskan keharmonian masyarakat dengan begitu teruk sekali dan BN kehilangan majoriti kuasa perwakilan 2/3 di Parlimen semasa pentadbiran beliau.
Sekarang, Kerajaan Najib mahu menambahkan masaalah kewangan ke atas kehidupan rakyat umum Malaysia dengan mengenakan cukai GST ke atas sebegitu banyak barangan dan perkhidmatan.
Di waktu yang sama Najib membazir duit kerajaan dengan memberikan wang melalui BR1M yang sudah pasti menjejaskan rizab Perbendaharaan Malaysia. Nilai matawang Malaysia telah jatuh terlalu rendah sehingga sekarang nilai pertukaran 1 Dolar Amerika Syarikat bersamaan dengan RM3.71!
Rakyat Malaysia sudah tentu akan menjadi berang bila kos kehidupan mereka meningkat dan nilai duit ringgit di tangan mereka merosot bila perlu membayar lebih untuk keperluan2 mereka.
Mereka pasti akan mengajar BN dan Najib Razak dengan mengundi pembangkang. Bagi rakyat mereka tak kisah siapa yang menjadi pemerintah kerana selama ini pun segala perbelanjaan hidup di tanggung mereka sendiri kecuali kos perubatan yang memang boleh di katakan diantara yang terendah di dunia. Namun ...
Tetapi kos kehidupan seharian sudah pasti meningkat bila cukai GST di kenakan ke atas harga barangan yang sudah sememang nya tinggi dari tahun tahun yang sudah.
Maka bersedia lah Najib dan BN untuk beralih tempat di Dewan Rakyat dan merana lah nanti semua mereka yang sekarang ini asyik sombong, membangga diri, berkokok siang malam pagi petang bahawa Melayu takkan hilang di dunia!
Memang tak hilang. Cuma bakal menjadi hamba jajahan DAP-PKR-PAS!
Tun Dr.Mahathir ini jenis manusia yang suka bercakap terus terang. Tak adanya nak berdondang sayang, membuang masa, cakap satu maksud nya pula lain.
![]() |
Sumber foto |