Tu dia! Member pendakwah Mahaguru58 dulu, Tuan Haji Yassin dok berdakwah pada pelancong Itali di dalam bahasa Italiano!
Haji Yassin ini lah yang mengajak saya masuk Tariqat Naqsyabandi dahulu di Penang dan turut bersama saya dan Haji Kamarudin Abdullah di dalam usaha Dakwah Walkabout kami di Tanjong, Pulau Pinang!
Haji Yassin ini lah yang mengajak saya masuk Tariqat Naqsyabandi dahulu di Penang dan turut bersama saya dan Haji Kamarudin Abdullah di dalam usaha Dakwah Walkabout kami di Tanjong, Pulau Pinang!
Beliau lah juga yang memperkenalkan saya kepada Internet sehingga melahirkan Blogger Mahaguru58 ini dari pertama kali saya menjejak kaki ke cybercafe dan kenal akan jaringan internet depan Masjid Benggali, Markas Jamaat Tabligh Penang.
Saya amat terhutang budi kepada jasa Tuan Haji Yassin (kopiah hitam berbaju putih di video pertama dan berkopiah hijau di video kedua) ini. Tanpa usaha beliau memperkenalkan saya kepada komputer dan internet takkan ujud lah blogger Mahaguru58 pada hari ini.www.mahaguru58.blogspot.com
Banyak sungguh kenangan bersama Tuan Haji Yassin ini yang saya tetap ingat sampai sekarang! Beliau seorang yang amat berani dan tidak pernah lari dari medan perjuangan saya dan rakan rakan semasa kami pergi berdakwah di jalan jalan sekitar Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang.
![]() |
Haji Yassin di kanan sekali |
![]() |
Dari Kiri : Haji Yassin, Haji Kamarudin Abdullah, Haji Abdur Rahman, Haji Zainol Abideen (MG58) |
Walau apa sekalipun yang terjadi, saya tetap rindu pada sahabat lama saya ini dan berdoa agar Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati diri Haji Yassin yang dahulu nya bekerja dengan Bank Standard Chartered Lebuh Leith, Penang.
Jika tidak kerana Haji Yassin empunya usaha membawa saya ke cyber cafe depan Masjid Benggali pada tahun 1987 dahulu, tak akan ada lah Mahaguru58 sebagai blogger hari ini.