Mereka akan mengenang kembali peristiwa ini dan ingat bahawa mereka sanggup tidur di jalanraya memprotes kerana mahukan Najib Razak letak jawatan sebagai PM yang paling korup sejak Malaya mencapai Kemerdekaan dar British pada 31hb Ogos 1957.
Soalnya Najib Tun Razak bukannya orang yang ambil peduli akan semua bantahan rakyat kerana rasa bertanggungjawab tidak termasuk didalam jatidirinya.
![]() |
Perdana Menteri Taiwan meletak jawatan |
Jika di Jepun, Korea, Taiwan dan negara negara lain dah lama pemimpin yang tidak di sokong rakyat lagi akan segera meletak jawatan.
Tetapi perkara begitu tidak akan berlaku di Malaysia. Para pemimpin Malaysia jenis muka tebal, kalis cercaan dan kulit kanvas. Jenis sanggup buat bodoh saja cengkam kerusi jawatan sampai habis tempoh atau tunggu Malaikat Maut datang mencabut nyawa!
Mujur lah Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) masih waras dan tidak seperti di Mesir membunuh para penunjuk perasaan seperti yang telah berlaku di Mesir sebelum ini.
Semoga semua penunjuk perasaan ini akan selamat pulang ke rumah masing masing dan tunggu PRU ke 14 untuk mengundi kerajaan dan kepimpinan baru yang boleh membawa Malaysia kembali ke landasan kemajuan sepatutnya. Amin.