Quantcast
Channel: MAHAGURU58
Viewing all articles
Browse latest Browse all 505

Brother Haji Kamarudin Abdullah, Presiden IPSI pencetus semangat para pendakwah Malaysia!

$
0
0


Bagi tuan tuan dan puan puan, saudara saudari Muslim se Malaysia, saya jemput semua menonton rakaman perkongsian sahabat seperjuangan saya Brother Haji Kamarudin Abdullah yang menyampaikan pengalaman beliau di Konvensyen Sunnah tahun 2012.

Bagi anda yang berpendidikan agama, fasih Bahasa Arab dan tahu serba serbi tentang Ad Deenul Islam, maka muhasabah lah diri anda samada anda telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda sebagai seorang umat Rasulullah Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam?

Umat Muhammad adalah Muslim dan Mukmin yang di perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Surah An Nahl Ayat ke 125 untuk menyeru sekelian manusia ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana serta berunding dengan mereka (kaffir) sebaik mungkin.



Saya berani kata bahawa jika anda selesai menonton video rakaman perkongsian Brother Haji Kamarudin di atas anda sudah pasti akan gelisah jika anda tidak turut sama turun berdakwah seperti Brother Kamarudin dan semua pendakwah lain seluruh dunia!

Jangan buang masa tuan tuan dan puan puan. Ajal kita semakin mendekati kita dengan berlalunya setiap saat. Malaikatul Maut senantiasa menjenguk akan diri kita. 70 kali dalam sehari.

Kita sempat Subuh, belum tentu kita dapat menunaikan Zohor. Kita sempat Zohor belum terjamin dapat kita tunaikan Asar. Asar ke Maghrib. Maghrib ke Isya'. Isya' belum tentu Subuh kemudian.

Sampaikan lah wahai tuan tuan dan puan puan akan kebenaran Islam. Islam adalah satu satunya Agama Wahyu dari Allah Azza Wa Jalla. Satu satunya kunci kita mendapat keredhaan Allah.

Semoga Allah memeberkati kita semua dengan kemanisan Iman dan kesempatan kita mengajar seseorang yang bukan Islam untuk mengucap'Asy hadu an la ila ha ill lall laah! Wa asy hadu anna Muhammad Rasulullah!'

Insya Allah.

Semoga Allah Azza Wa Jalla memberkati sahabat saya dan sahabat anda jua Ustaz Haji Kamarudin Abdullah dan seluruh pendakwah di IPSI serta badan badan Dakwah lain sedunia! 

Amin Ya Rabbal Alamin.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 505