Rakaman spontan ucapan Ustaz Kazim Elias tentang bahawa penyelewengan PAS sejak bercita cita besar untuk menakluk Putrajaya dan cara indoktrinasi pucuk pimpinan PAS bahawa hanya mereka yakni ahli PAS yang benar dan semua yang lain salah!
Rakaman ini saya ambil semalam semasa saya hadir ke majlis anjuran PEMBELA di Kelab Sultan Sulaiman bertajuk 'Isu Isu Islam & Umat Islam Menjelang PRU13'.
Banyak perkara dibongkar oleh Ustaz Kazim tentang penyelewengan PAS terhadap umat Islam bila mereka menggunakan pelbagai taktik dan indoktrinasi untuk 'brain wash' para pengikut mereka untuk menjadi taksub dan memuja memuji tokoh2 parti mereka seperti Nik Aziz, Hadi Awang dan lain lain!
![]() |
Bergambar kenangan dengan Ustaz Kazim Elias selepas program |
Tuan puan tengok sendiri lah video ini dan kongsikan dengan kawan kawan anda.
Dato Nadzim Johan dari PPIM @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia sedang berucap menyampaikan penerangan tentang bahaya yang menanti kita seandainya kita alpa dan tidak bersedia untuk sebarang kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya Pakatan Pembangkang kalah dan akan melakukan huru hara didalam negara!
Dengar khabar bahawa ada 30 peguam antarabangsa penyokong Pakatan Pembangkang sudah tiba di Singapura dan sedang menanti isyarat untuk masuk ke tanahair kita jika BN kalah! Na'uzubillahiminzalik!
Kita disarankan supaya bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan. Pandai pandai lah tuan puan didalam bab ini. Malas nak cerita lebih lebih!