Bilamana Muslim solat berjamaah, kesan dari berdiri, ruku' dan sujud bersama sama didalam satu saf tanpa membezakan di antara satu sama lain, menghadap ke arah Kiblat yang satu, adalah mengeratkan hubungan sesama kita sebagai satu Ummah.
Kekadang kita yang Muslim ini mungkin tidak perasan tentang hal hal sebegini didalam menjalani kehidupan seharian kita. Ada mata mata yang memandang dan memperhatikan tingkah laku kita dan menilai akan Ad Deenul Islam melalui perbuatan dan sikap kita.
Ada perkara yang baik dan ada juga yang buruk dilakukan oleh umat Islam di negara ini sama seperti mana manusia manusia lain di muka bumi ini.
Namun kita harus sedar bahawa kita ini mempunyai satu tanggungjawab yang cukup berat untuk menunjukkan kepada dunia akan apakah itu Agama Islam dan bahawasanya orang orang yang bukan Islam menilai Islam itu sendiri melalui tingkah laku dan sikap umat Islam.
Maka haruslah sekelian kita memperbaiki diri dengan mengamalkan apa yang dituntut Ilahi dari diri kita dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan agama menurut Al Quran dan Hadis Hadis yang Sahih bagi membantu kita hidup sebagai Muslim dan Mukmin sejati.
Contohi sikap Dr.Zaki Moyenda dan serulah manusia ke jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan ikutilah Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam.
Insya Allah.