![]()
Bilamana keluar berita bahawa Noorasyikin Sahat, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, menolak permohonan reman dari PDRM untuk menahan Darren Chan, pengasas aplikasi Sugarbook, portal persundalan terbesar di media maya, saya terasa amat marah.
Darren Chan, Pengasas Sugarbook
Iklan Sugarbook di media sosial
Apa kejadahnya ini? Sanggup si Noorasyikin Sahat ini menghalang Polis Di-Raja Malaysia dari menahan si Barua Durjana @ Muncikari Laknatullah ini didalam lokap polis sementara menunggu hari pembicaraan kes!
Sudah tergerak dalam hati untuk saya pergi membuat laporan polis terhadap si Noorasyikin Sahat ini.
Nawaitu saya adalah untuk pihak #PDRM dan kemudian #SPRM menyiasat samada si Noorasyikin Sahat ini ada apa apa 'perjanjian' dengan si Darren Chan, nakharam ini, supaya menggagalkan apa apa tindakan pihak berkuasa terhadapnya?
Hari ini, saya menghubungi beberapa kawan peguam saya untuk bertanyakan perkara ini.
Salah seorang dari peguam tersohor negara kita ini telah memaklumkan saya bahawa Yang Arif Datuk Noorin binti Badaruddin, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam (Jenayah 2)telah membatalkan keputusan Timbalan Pendaftar berkenaan dan membenarkan tahanan reman PDRM terhadap muncikari Darren Chan!
YA Datuk Noorin binti Badaruddin
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam (Jenayah 2)P.M.W.
Ya Allah, Ya Rabbul Jalil, Engkau Rahmati lah YA Datuk Noorin Badaruddin, Hakim kami ini dengan segala keberkatan dunia ini dan selamatkan lah ia dari segala mara bahaya dan hasad dengki, Jin, Syaitan dan MANUSIA!!!
Sahabat peguam tersohor saya itu, turut menasihati saya supaya tidak meneruskan niat saya untuk buat laporan polis itu melainkan saya ada bukti sahih tentang jenayah yang telah dilakukan si-polan tersebut.
Menurut kawan saya, peguam terkemuka tu lagi bahawa saya perlu membuktikan bahawa ada 'criminal intent' @ 'niat jenayah'. Sekadar 'khilaf' tak jadi satu kesalahan jenayah. Harap harap begitu lah.
Saya pelik dengan keadaan di dalam negara kita ini.
Kita ada 9 orang Sultan dan Raja Melayu. Setiap Baginda Tuanku ini mengangkat sumpah, menjunjung Kitab Suci Al Quran Al Karim dan bersumpah untuk memelihara kesucian Agama Islam [termasuk penganut2 nya].
'Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri'.
Sekadar memperingatkan Ke Bawah Duli Tuanku agar memperkotakan kata, memaknai Sumpah Keramat Tuanku untuk memeliharakan pada setiap masa Agama Islam.
Makanya hamba ingin bertanya,' Apakah pengertian Duli-Duli Tuanku sekelian mengenai ertikata lafaz sumpah Duli-Duli Tuanku itu dengan lafaz 'Wallahi! Wabillahi! Watallahi!?
Islam itu hidup dengan pengamalan Syariat nya, Tuanku. Ia tidak akan wujud sekiranya tidak di tegakkan dengan pelaksanaan Undang Undang Syariah yang telah di-maktubkan didalam Perlembagaan Negara dan dilaksanakan melalui tindakan Penguatkuasaan oleh pihak yang diberi kuasa.
Takkan cuma sekadar kata kata sahaja tanpa dilaksanakan Perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan anjuran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam, yakni:
'Dalam hadits shahih disebutkan. مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيْمَانِ “yang bermaksud 'Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya [Kuasa yang ada padanya]; jika tidak mampu, maka dengan lisannya [seperti penulisan Blogger ini]; jika tidak mampu juga, maka dengan membenci akan maksiat itu di dalam hatinya [Na'uzubillahi min zalik!], itulah selemah-lemahnya iman.“[HR. Muslim dalam Al-Iman (49)]
Jadi, kejahatan itu dapat diubah dengan tangan oleh seseorang yang mampu melakukannya, seperti Duli Tuanku Sultan atau Raja yang memerintah, pihak berkuasa seperti Polis Di-Raja Malaysia, Menteri Agama atau pihak Mufti, JAKIM, JAWI, JAIS, dan segala Jabatan Agama Islam Negeri, serta agensi yang secara khusus bertugas untuk menangani masalah ini, pemimpin yang mempunyai kuasa dalam hal ini seperti para Pendakwa Raya serta Para Hakim dan Majistret yang bertugas, serta setiap Ketua Kampong atau Penghulu serta ketua ketua keluarga dan pemimpin masyarakat terhadap orang-orang di rumahnya dan terhadap anak-anak dan keluarganya sejauh kemampuan masing-masing.
Adapun orang-orang yang tidak dapat melakukannya, atau jika menggunakan kuasa persendiriannya mungkin akan mendatangkan bahaya dan penentangan terhadap dirinya, maka dia boleh bersuara dengan lisan atau melalui tulisannya.
Pendekata, penguatkuasaan Undang-Undang Syariah di Malaysia terbukti cukup lemah dan memalukan.
Bagaikan Maksiat boleh sahaja bermaharajalela di negara yang mengaku sebagai Negara Islam.
Luahan hati seorang 'Muslimah' Melayu Malaysia yang sudah 'insaf'.
Billboard [Papan Tanda Gergasi Sugarbook] di Bangsar sebelum ini.
Mujurlah dengan keputusan Yang Arif Datuk Noorin binti Badaruddin, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, membatalkan keputusan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Noorasyikin Sahat menolak permohonan reman oleh PDRM, terhadap Darren Chan, pengasas aplikasi Sugarbook, maka hari ini pihak PDRM berjaya menahan semula Darren Chan, Muncikari Sugarbook!
Nasihat saya pada pihak seperti Noorasyikin Sahat dan mana mana pegawai mahkamah adalah untuk bermuhasabah diri dan fikirkan tentang natijah keputusan anda terhadap usaha pendaulatan Undang-undang dan Syariat Allah di bumi tanahair tercinta ini.
Jangan menyesal nanti andaikata kekhilafan anda di anggap sebagai satu cubaan sengaja menghalang pihak berkuasa seperti Polis Di-Raja Malaysia untuk menegakkan undang undang negara dan anda menjadi sasaran maki hamun dan sumpah seranah dari umat Islam seMalaysia!