Dah masuk tahun 2021 Masehi bersamaan 1442 Hijrah! RTM TV1 ternyata masih dibawah pentadbiran mereka yang berperangai seperti JAHILIYYAH terutamanya Badan Pengurusan RTM dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia sekarang, Dato' Seri Saifuddin Abdullah.
Nak kelepiaq atas dahi dia jika kata dia bukan Melayu Muslim dan tidak akan menekankan isu isu menjaga aurat para petugas dan kakitangan RTM terutamanya mereka yang muncul di kaca televisyen tu, mungkin boleh terlepas kot!
Ini zaman pemerintahan Perikatan Nasional yang berperdana-menterikan Tan Sri Haji Muhyiddin Hj Yassin!
BerMenteri Agama YB Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mantan Mufti Wilayah Persekutuan.
Setakat ni, belum berbunyi langsung tentang bab aurat penyampai berita TV wanita Muslimah. Kes'Sum Mum Buk Mum Om Yom Fahum Laa Yarji'uun, kot?
Menteri KKMM seorang Melayu Muslim bernama Dato' Seri Saifuddin Abdullah!
Kalau Margaret Gambang ke apa, kita tak kisah. Dia bukan Muslimah.
Soalnya sekarang, siapa nak bertanggung jawab ke atas dosa Muslimah dibawah ini yang 'terpaksa' togel kepalanya semasa bertugas menyampaikan berita di TV1?
Semua di atas termasuk Ketua Ketua Agama Islam seMalaysia!!!
'Small matter' ke brader?
Firman Allah dalam Surah Al Ahzab, Ayat ke 59'Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'
Saya sekadar memperingatkan semua yang punya tanggungjawab ke atas perkara pendedahan aurat Muslimah yang bertugas di RTM terutamanya mereka yang muncul di skrin kaca televisyen supaya melakukan perubahan ke arah memelihara aurat Muslimah dibawah seliaan mereka.
Soal Aurat ni bukan perkara kecik brader!