Umat Islam di Indonesia adalah terdiri daripada 99% nya bermazhab Sunni, 0.5% daripada mereka mengikuti ajaran Syiah, dan 0.3% daripada mereka pengikut aliran Ahmadiyah.
Islam di Indonesia secara luas dapat dikategorikan sebagai pengamal Islam moden. Bermaksud mengikuti teologi ortodoks sambil menerapkan pembelajaran moden. Atau ia juga boleh dikatakan sebagai pengamal nilai-nilai tradisional mengikuti tafsiran pemimpin-pemimpin agama tempatan.
Lihat - https://ibtimes.id/data-populasi-penduduk-muslim-2020-indonesia-terbesar-di-dunia
Maka, tidak hairan lah bahawa Channel Deutsche Welle @ DW yang bertapak di Negara Jerman memilih untuk melancarkan 'Perang Saraf' Kristian Barat terhadap nilai-nilai dan bibit-bibit kebangkitan semula Islam di Indonesia yang kini berakar umbi di bumi Nanggroe Acheh Darussalam, satu-satunya Wilayah Autonomi Pentadbiran Kerajaan Tempatan menurut Hukum Hakam Syariah di Republik Rakyat Indonesia yang merangkumi lebih dari 17,000 kepulauan dan memiliki lebih dari 740 suku bangsa, 714 bahasa, dan kepelbagaian budaya dan dialek.
Bilamana saya menonton keseluruhan 'dokumentari' bertajuk 'Zero Tolerance' di atas ini, jelas terserlah unsur-unsur 'perang saikologi' @ 'psychological warfare' dimana mereka @ Sandra Petersmann, seorang wartawan penyiasat dan Hans Christian Ostermann, seorang penerbit bekerjasama dengan Shinta Retnani, dari ASA Film, sebuah syarikat filem dan dokumentari tempatan Indonesia untuk mempengaruhi hati dan minda penonton dengan menyuntik jarum jarum halus hasutan mereka untuk membenci kebangkitan Islam.
Dari sudut penggunaan media sosial seperti YouTube dan platform TV maya, pihak pendakyah Barat ternyata mempunyai kelebihan dari segi sumber kewangan tak terhingga dan memiliki teknologi audio-visual terkemuka serta dokongan pelbagai kuasa2 Barat.
Rejim Israel dan negara negara ekstremis agama bukan Islam seperti China dan India turut mempunyai agenda Anti Islam. Mereka menjalin kerjasama didalam berkongsi dakyah untuk melemahkan akidah umat Islam serata dunia dan berebut untuk memberi sokongan dan dorongan kepada mana mana individu 'Muslim' yang ingin bebas dari segala larangan didalam Islam.
Contoh paling mudah adalah bila golongan pondan dan kalangan liberal yang mahu mengamalkan kebebasan seksual dan hidup bersama tanpa bernikah.
Itu adalah salah satu matlamat gaya hidup ala Barat sekarang. Hasilnya?Masyarakat Barat hari ni ramai tak kenal siapa ayah mereka?
Inilah natijah 'toleransi yang Barat perjuangkan di atas tiket kebebasan dan liberalisma. Cuba tonton video berikut sebagai bukti kehancuran nilai-nilai ketamadunan masyarakat di negara negara Barat.
Ada satu lagi kisah kebebasan dan kecurangan yang di agongkan cara hidup Barat! Sumbang Mahram. Saksikan contoh kedurjanaan ini.
Presiden Russia, Vladimir Putin menempelak gaya hidup masyarakat Barat kerana meminggirkan nilai nilai tradisional mereka sehingga mengakibatkan kehancuran moral di negara negara tersebut.
Walaupun Russia sebuah negara komunis, pemerintahnya tetap menyeru supaya nilai nilai moral dan kerukunan keluarga tradisional di pelihara dan diteruskan.
Maka berwaspada lah wahai sesama Islam dengan ku akan racun racun 'toleransi' Barat yang cuba di tiupkan di rantau Nusantara kita ini oleh dajjal dajjal dari Barat dan yang sedia ada disini.