Quantcast
Channel: MAHAGURU58
Viewing all articles
Browse latest Browse all 505

Ladang Alam Warisan, pencetus semula penghayatan Warisan Melayu Malaysia.

$
0
0


Dimanakah orang orang Melayu dapat berbusana secara tradisi turun temurun mereka, bertanjak, berkeris, berlembing dan sebagainya secara bebas di Semenanjung Tanah Melayu hari ini?

Bagi anda yang teringin untuk berketerampilan sebagai seorang Melayu didalam ertikata sebenar benarnya, maka anda dipersilakan untuk mengunjungi Ladang Alam Warisan yang bertempat di Jalan Masjid, Kampung Tengah,Tanjung Ipoh, Seri Menanti,72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia.

Sebuah perkumpulan pencinta warisan Melayu bernama Komuniti Warisan Melayu aktif menghidupkan semula penghayatan warisan Melayu turun temurun melalui acara acara penggayaan busana tradisional Melayu, aktiviti jual beli persenjataan warisan Melayu seperti keris, sundang, badek, lembing dan sebagainya sesama ahli persatuan www.keriswarisan.com demi untuk menyelamatkan warisan berharga tanda jatidiri Melayu Semenanjung ini dari terus hilang di telan masa!

Kronikel Tanjak
Dibawah ini adalah gambar gambar lama yang menunjukkan orang orang Melayu di zaman dahulu dengan penampilan mereka berbusana warisan berzaman dan lengkap bersenjata keris, pedang dan berlembing!

Gambar2 berikut menunjukkan para pembesar Negeri Pahang Darul Makmur. 

Ehsan Keris Warisan.Com dan Muzium Negara Malaysia.








Nakhoda Hitam @ Johan Iskandar, Pengasas Keris Warisan Dotcom

Sempena menyambut Syawal ke10, baru baru ini, ahli ahli persatuan dan pencinta seni kebudayaan dan warisan Melayu telah berkumpul di Ladang Alam Warisan untuk memenuhi undangan tuanpunya ladang bagi meraikan Syawal secara adat tradisi warisan Melayu.

Berikut adalah beberapa gambar yang merakamkan hari bersejarah tersebut:





Kehebatan seni silat Melayu kini sudah dipelajari dan di amalkan oleh mereka yang berbangsa kulit putih seperti dipaparkan didalam video dibawah ini:



Apatah lagi jika kumpulan gendang silat Kedah pula yang mengiringi persembahan persilatan? Fuhh! Mahu meremang bulu roma dan naik semangat sesiapa sahaja yang menjadi pencinta ilmu persilatan dan perguruan Melayu!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 505