Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saudara saudari pengunjung blog Mahaguru58 yang dikasihi,
Andai bosan dengan segala kemelut akhirul zaman, sudi lah hadirkan diri bersama ahli keluarga ditengah bandaraya Kuala Lumpur ini.
Kembali lah menghayati Warisan Melayu yang kini dihidupkan semula. Oleh mereka yang arif dan tahu membezakan di antara budaya asing yang tidak sesuai dengan jiwa halus Melayu Semenanjung dan serumpun Nusantara. Hendak seribu daya.
Jika di abaikan maka usah menepuk dahi nanti bila Warisan dan Kebudayaan Melayu yang diperturunkan dari zaman berzaman akhirnya hilang lesap di telan dedaun masa.
Dewasa ini terlalu ramai yang lupa bahawa tanahair kita ini dikenali seantero dunia dari zaman dahulu lagi sebagai Semenanjung Tanah Melayu!
Mahu tak mahu, setiap dari kita yang lahir di bumi bertuah ini perlu akur akan keistimewaan hadir di Alam Melayu ini yang kaya dengan pelbagai adat resam dan kebudayaan yang berteraskan dengan Syariat Islam.
Memang terdapat pelbagai tafsiran dan pendapat tentang asal usul orang orang Melayu. Namun hakikat bahawasanya Semenanjung Tanah Melayu ini di miliki dan dikuasai Kesultanan Kesultanan Melayu dari sejak dahulu kala lagi tidak boleh di pertikaikan sesiapa!
Rumpun Nusantara dengan sejarah kegemilangan pelbagai Kesultanan dan Kerajaan Melayu adalah terdiri dari pelbagai suku kaum dan bangsa Melayu. Masing masing dengan warisan adat resam, loghat dan budaya bangsa tersendiri namun semuanya berasaskan kepada Bahasa Melayu.
Kita yang hidup di Tanah Semenanjung Melayu ini boleh faham bahasa yang di pertuturkan orang orang Indonesia walau ada sedikit perbezaan dari cara ucapan dan kefahaman. Asas nya sama. Rumpun Melayu.
Kita perlu menghayati warisan Sejarah Melayu yang kaya dengan seribu satu pengertian hidup dan meneruskan usaha untuk menghidupkan Warisan Melayu yang indah dengan menggunakan segala adat resam dan budaya Melayu yang tidak menyalahi ajaran agama Islam kita yang suci.
Usah malu mengamalkan tradisi Melayu walau kini kita semua sedang berada di Akhirul Zaman. Mana mana adat resam yang bercanggah dengan Seruan Ilahi hendaklah kita hindari dan mengamalkan mana mana adat kebudayaan Melayu yang berpasak di atas Ad Deenul Islam.
Sebagai contoh, tidak salah kita berpantun berseloka, menyuburkan kembali seni berbahasa secara indah dengan menggunakan Pantun Melayu untuk menyampaikan kata dan maksud yang tersemat didalam jiwa dan sanubari kita.
Dalam pantun Melayu terkandung ilmu. Ianya boleh di gunakan untuk menasihati orang, mendidik ahli keluarga dan masyarakat setempat. Orang tua tua Melayu ada menyatakan, rendang kayu kerana daunnya, terpandang Melayu kerana pantunnya!
Ungkapan diatas menunjukkan betapa besarnya peranan pantun didalam kehidupan orang orang Melayu. Tinggi bahasa yang terkandung didalam pantun.
Ianya lambang ketinggian peribadi dan keilmuan seseorang bila berupaya berpantun dengan menggunakan kata kata pembayang dan disusuli dengan maksud yang bersendikan adat dan peribadi mulia bila berbicara.
Ada pelbagai macam jenis pantun. Ada pantun adat, pantun agama atau pantun dakwah, pantun nasihat, pantun seloka, pantun berkasih sayang, pantun petalangan dan bermacam macam lagi.
Cuba hayati pantun adat dibawah ini :
Kalau berladang kurang tekun,
Lesaplah padi ditelan belukar,
Kalau lah hilang tukang pantun,
Senyap dan sunyi bandar besar.
Cantik sungguh kata kata pembayang pantun di atas. Membawa maksud, jika seseorang itu malas dan tidak rajin menjaga sawah padinya, lama kelamaan akan dipenuhi lalang dan belukar.
Disusuli pula dengan maksud sebenar si pemantun bahawa tanpa adanya orang orang Melayu yang mahir dan rajin berpantun, maka walaupun berada dibandar besar yang di penuhi orang ramai tetapi mutu kehidupan yang tidak menghidupkan adat dan budaya warisan zaman seperti apa yang sedang kita saksikan didalam kehidupan orang orang kita di bandaraya dan pekan pekan tidak lagi menghidupkan warisan zaman ini melainkan segelintir dari kalangan budayawan dan ahli ahli seni warisan bangsa di perkumpulan teater dan bangsawan!
Bukan kah benar seperti di sampaikan di dalam pantun di atas?
Kebolehan berpantun tertakluk kepada apa yang ingin di luahkan? Ada orang yang berkebolehan didalam Ilmu Agama Islam, maka boleh ia menggunakan pantun sebagai perantara kepada Dakwah Islam yang ingin di sampaikan nya.
Ilmu dunia ilmu akhirat,
Ilmu tersurat ilmu tersirat,
Ilmu dipakai membawa manfaat,
Ilmu di semak membawa berkat,
Ilmu dikaji membawa rahmat,
Ilmu dipegang hidup selamat.
Usah ditangisi ketandusan ilmu kefahaman tentang warisan Melayu ini tanpa berbuat sesuatu untuk memperbetulkannya.
Walau sering ada dikalangan Melayu dewasa ini untuk memperlecehkan adat dan budaya resam bangsa sendiri, jangan lah pula ada di antara kita yang sedar akan kepentingan meneruskan kebudayaan dan khazanah warisan berzaman ini untuk terus menghidupkan ia sebagai pusaka tanahair ini kepada generasi akan datang untuk terus di pelihara dan di amalkan didalam kehidupan seharian kita sekarang dan di masa masa akan datang.
Pedulikan golongan yang buta sejarah dan hidup tidak ubah seperti golongan yang jahil dan tidak tahu membezakan di antara kaca dan permata!
Apa tanda Melayu jati?
Dengan berpantun memberi budi.
Apa tanda Melayu beradat?
Dengan pantun memberi nasihat.
Apa tanda Melayu terbilang?
Dengan pantun mencelikkan orang.
Apa tanda Melayu beriman?
Dengan pantun mengenal Tuhan.
Teruskan usaha dan berubah lah kembali menjadi Melayu yang boleh di ikuti dan di teladani dari cuma wujud bagaikan umang umang yang bercengkerang asing!
Insya Allah.
Salam hormat dari hamba kepada tuan dan puan yang sudi singgah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.