Perhimpunan haram sebab tak terima hakikat gagal kuasai Putrajaya
![]()
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130516/re_03/Perhimpunan-haram-sebab-tak-terima-hakikat-gagal-kuasai-Putrajaya#ixzz2TTI2mept
© Utusan Melayu (M) Bhd
_________________________________________________________________________________
Sudah lama kita tidak membaca artikel artikel yang berasaskan fakta dan disampaikan secara terus terang mengikut keadaan yang sebenarnya seperti ini!
Syabas saya ucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri kita di atas ketegasan dan ketelusan fikiran beliau.
Syukur Alhamdulillah! Akhirnya dapat juga tanahair ini seorang pemimpin dan penguasa yang berani dan memegang teguh kepada intipati lafaz sumpah taat setianya terhadap Agama, Bangsa dan Tanahair ini.
Semoga dibawah pentadbiran Datuk Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, Kementerian Dalam Negeri akan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap jatidiri Kerajaan Malaysia ini dan berjaya membanteras budaya kurang ajar yang disemarakkan dikalangan mereka yang tidak tahu erti bersyukur di atas apa yang kita ada dan tidak menjerumuskan Malaysia ke kancah perang saudara atau huru hara seperti apa yang sedang berlaku di beberapa negara di Timur Tengah dan lain lain tempat!
Saya berharap bahawa Datuk Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi akan menguatkuasakan segala undang undang sedia ada didalam negara kita dan menangkap setiap petualang dan pengkhianat negara yang sedang melancarkan protes protes jalanan tak sudah sudah di dalam negara selepas selesai proses PRU13 baru baru ini!
Inilah dia manusia yang masih tak 'happy' lagi dengan hakikat bahawa PRU13 dah selesai dan dia masih tidak berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri!
Nak buat macamana lagi?
Rakan Pakatan Anwar yakni DAP cukup berpuashati dengan kemenangan mereka mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan menang banyak kerusi di kubu kuat UMNO dan BN!
Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tak ade masaalah menerima keputusan PRU13 tetapi hanya Anwar masih belum dapat menerima hakikat!
PAS pun dah buat kenduri kesyukuran meraikan kemenangan mereka di Kelantan dengan majoriti yang selesa walaupun UMNO dah menang banyak kerusi didalam PRU13 kali ini disana.
PKR pun masih menerajui Kerajaan Negeri Selangor walaupun cuma menang 14 kerusi berbanding 15 kerusi dimenangi PAS dan 15 kerusi oleh DAP! BN menang 12 kerusi kalau tak silap saya.
Sekurang kurangnya patut PKR bersyukur masih ada sebuah negeri untuk diperintah mereka tetapi Ketua Umum nya masih tak redha untuk menerima keadaan.
Sudah cukup kita semua bersabar dengan kerenah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang berterusan menimbulkan angkara dengan menghasut segala setan setan tak sadar diri didalam negara kita!
PDRM sudah tidak dihormati lagi oleh puak pencetus huru hara ini sebab Menteri Dalam Negeri sebelum ini hanya tahu memberi amaran demi amaran demi amaran demi amaran.....
Rakyat Malaysia sudah pun mengundi memilih Barisan Nasional untuk menerajui Kerajaan Malaysia untuk mentadbir negara ini selama 5 tahun lagi untuk penggal 2013 ke 2017.
Tak puas hati?
Hijrah sajalah ke negara pujaan hati! Kata nak bersara dari politik lah! Nak kembali ke kampus sebagai pensyarah lah!
Jika panjang umur bolehlah cuba bertanding sekali lagi didalam PRU14! Tak baik terlalu ambil hati dengan kekalahan ini.
Dah begitu realitinya. Terima sajalah! Tak mati pun jika tak jadi Perdana Menteri. Nak kata susah tak cukup makan... hidup mewah boleh terbang ke seantero dunia ikut suka hati.
Segalanya dah ada. Mau apa lagi syeh?
Bawa bawa bersyukur sajalah dengan kurnia Ilahi.

Penyokong pembangkang berhimpun di Stadium Kelana Jaya, baru-baru ini
DAKWAAN pembangkang yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) begitu terpukul dengan pencapaian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) harus disanggah.
Pembangkang mendakwa BN hanya memperolehi 133 kerusi di Dewan Rakyat dan tidak dapat menguasai dua pertiga suara majoriti. Sedangkan BN hanya memerlukan 15 kerusi sahaja untuk memperolehinya.
Hakikatnya, pakatan pembangkang amat kecewa kerana kegagalan mereka untuk menguasai Pusat Pentadbiran Putrajaya. Pembangkang hanya memperolehi 89 kerusi Dewan Rakyat, biarpun mereka mencanangkan di seluruh dunia seolah-olah Putrajaya telah menjadi milik mereka sejak 5 Mei yang lalu.
Bagi menutupi kegagalan mereka, pembangkang mengadakan perhimpunan haram untuk menolak keputusan PRU-13 di peringkat pusat. Amat menghairankan, mereka tidak pula mempertikaikan keputusan pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Pengiktirafan dwi standard ini, malangnya diyakini secara membabi buta oleh pengikut tegar mereka. Mereka menggunakan alasan telah memperolehi undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN 48.22 peratus.
Mengikut laporan awal, daripada sejumlah 10,861,683 pengundi yang keluar membuang undi, pembangkang telah memperolehi 5,623,984 undi, manakala BN memperolehi 5,237,699 undi.
Jika pun benar pembangkang memperolehi kelebihan suara majoriti, namun ukuran yang digunakan pembangkang telah dimanipulasikan mengikut acuan list system atau single transferable vote.
Kaedah yang ditafsirkan oleh pembangkang hanya terpakai bagi negara-negara yang memilih ketua negara dan parti pemerintah secara sistem pilihan raya perwakilan bernisbah yang memperuntukkan kerusi berasaskan undi yang diterima.
Malaysia mewarisi sistem politik daripada United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel juga menggunakan sistem first past the post yang mana parti-parti politik yang bertanding di kawasan pilihan raya memilih hanya seorang wakil bagi setiap kawasan pengundian yang mengambil kira prinsip undi majoriti mudah.
Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular.
Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.
Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka, malah jika mereka benar-benar rakyat yang setia kepada negara ini, mereka hendaklah menerima sistem politik dan sistem membentuk kerajaan sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.
Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya.
Sebenarnya pembangkang terlalu yakin (over confident) dengan sokongan pengundi dan memanipulasikan pelbagai isu serta menabur janji palsu dalam manifesto yang mereka sendiri tahu tidak akan termampu untuk mereka laksanakan.
Pas pula sebaliknya, melalui kenyataan Presidennya, Abdul Hadi Awang telah mengakui keputusan PRU-13 dan menerima kenyataan atas keputusan yang dibuat oleh rakyat. Malah Pas tidak bersetuju dengan perhimpunan haram yang diadakan.
Rakyat semakin muak dengan gelagat beberapa pemimpin utama pembangkang yang mengheret anak-anak muda, terutamanya daripada keturunan Cina dengan penuh rasa kebencian dan menyemarakkan api perkauman dalam masyarakat majmuk yang selama ini dijalin rasa keharmonian.
Pembangkang turut mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kononnya memanipulasi undian. Ia merupakan tuduhan yang keterlaluan, sedangkan SPR telah menuruti sebahagian besar tuntutan mereka termasuk menggunakan dakwat kekal yang hanya digunakan oleh negara-negara dunia ketiga.
Malah di setiap pusat pengundian, setiap calon meletakkan wakil masing-masing sebagai polling agents untuk memantau proses pembuangan undi dan meletakkan counting agents semasa pengiraan undi dilakukan.
Pelbagai tuduhan yang tidak munasabah terus dilemparkan kepada SPR kerana pembangkang tidak mengakui hakikat kekalahan mereka, termasuk kononnya lampu terpadam ketika pengiraan undi dijalankan.
Jika tidak pandai menari, janganlah menuduh tanah tinggi rendah!