Apakah perlu terkejut dengan pemecatan Tun Dr. Mahathir Mohamad, anak nya Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq, Mazlee Malik dan Amiruddin Hamzah dari Parti Pribumi Bumiputera Malaysia?
Sesudah tindakan ke 5 individu tersebut di atas memilih untuk duduk di kerusi pembangkang di dalam persidangan sehari Dewan Rakyat pada 18hb Mei 2020 yang lepas, sudah semestinya akan ada natijah dari perbuatan dengan sengaja mereka itu yang perlu di tanggung dari perbuatan itu.
Mahathir & Co tidak boleh menganggap bahawa mereka bebas berbuat apa sahaja kerana sebagai anggota sesebuah parti politik, sudah tentu mereka perlu akur dengan apa apa sahaja ketetapan dan peraturan parti.
Perkata terhormat yang sepatutnya kelima mereka yang terbabit ini lakukan adalah mengisytiharkan diri keluar dari PPBM sekiranya sudah tidak mahu lagi menyokong Presiden PPBM, YAB Tan Sri Muhyddin Hj Yasin dan mahu duduk bersama ahli ahli Parlimen Pembangkang.
Tidak logik lah nak terus dikira sebagai ahli Parlimen dari PPBMtetapi pergi duduk bersama Pakatan Harapan yang kini sudah jadi blok Pembangkang.Berani buat ; berani tanggung lah!
Apakah merasa diri bebas melakukan apa saja? Merasa diri 'above the law'? Setiap orang di dalam negara Malaysia ini tertakluk kepada hukum hakam dan perundangan negara. Tidak boleh berbuat sesuka hati.
Malah, sepatutnya dikuatkuasakan undang undang anti-lompat parti. Barangsiapa yang lompat parti selepas menang bertanding didalam pilihanraya baik di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat mesti hilang kedudukan sebagai ADUN atau Ahli Parlimen serta-merta dan segala emolumen atau ganjaran yang diberikan kepada mereka di hentikan serta-merta juga.
Rakyat mengundi seseorang itu di atas tiket ia mewakili parti politik tertentu atau bertanding sebagai calon bebas. Ini tidak. Sebaik ia mengangkat sumpah sebagai ADUN atau Ahli Parlimen mewakili sesuatu parti politik, tiba-tiba, demi kepentingan peribadinya, ia mengisytiharkan diri tidak lagi menyokong kepimpinan parti politiknya dan mahu merubah kedudukan, pergi menyokong parti lawan atau bebas.
Perbuatan begini adalah pengkhiantan terhadap kepercayaan para pengundi mereka dan parti yang meletakkan mereka sebagai calon mewakili parti. Mesti ada dikenakan denda atau natijah terhadap pengkhianatan tersebut. Bukan diberi ganjaran dengan kenaikan pangkat dan di berikan jawatan pula.
Ini adalah merestui perbuatan khianat seseorang ADUN atau Ahli Parlimen terbabit. Tidak ada integriti pada seseorang pengkhianat seperti itu.
Malangnya, didalam sistem politik tanahair kita, pengkhianatan seperti ini diperbolehkan. Sesuatu kerajaan yang di lantik secara demokrasi boleh tumbang dengan pengkhianatan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli-Ahli Parlimen.
Jadi satu kerja pulak, melibatkan kos-kos tambahan didalam merubah kedudukan kerusi-kerusi di DUN atau Dewan Rakyat berikutan dengan perubahan kuasa itu. Duli-Duli Tuanku Sultan dan Yang Di-Pertua Negeri perlu lah pula memanggil seorang demi seorang ahli DUN atau Dewan Rakyat itu untuk menentukan siapa pula yang mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk sesuatu kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan.
Semua ini kerja membazir dan menyusahkan negara dari segi kestabilan politik dan menjejaskan kedudukan ekonomi negeri dan negara. Cukup cukup lah berpolitik secara kotor begini dan kembali lah kepangkal jalan.
Berusaha lah untuk menggembeleng tenaga membina dan memajukan pembangunan negara yang tercinta dan hentikan lah usaha gelojoh masing-masing untuk mengumpulkan harta tak sudah-sudah!
Harta yang sudah terkumpul takkan habis dibelanjakan anak isteri untuk tujuh atau lebih keturunan. Bukan boleh diangkut bawa bersama kedalam liang lahat atau lubang kubur. Kain kapan tetap putih untuk yang mengaku diri tu beriman.
Tetapi tunggu sajalah soalan para Malaikat Munkar dan Naqir didalam kubur nanti! Kalian tidak akan terlepas bebas dari natijah akan apa yang telah kalian lakukan di atas muka bumi ini dan dari dosa dosa pengkhianatan yang telah kalian kerjakan. Takan ada kabel politik di dalam kubur kalian nanti. Percaya lah.
Sementara itu, ada seorang ni yang suka makan keropok Super Ring bertanya,' Dengar kata, ada orang kena pecat!'