Quantcast
Channel: MAHAGURU58
Viewing all articles
Browse latest Browse all 505

P. Ramlee kembali ke Rahmatullah pada tarikh ini, 29hb Mei, 1973 yakni 47 tahun nan lalu. Al-Fatihah!

$
0
0
Allahyarham P.Ramlee @ Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh


29hb Mei, 1973, negara hipokrit ini kehilangan seorang Seniman Agung yang semasa hayatnya tidak terjulang sebagaimana Arwah di puja dan di puji hari ini.


Kenapa saya menyatakan begitu bahawa negara ini negara hipokrit? Apa tidaknya? Allahyarham P. Ramlee adalah seorang seniman cukup hebat tanpa ada tandingan bagi kebolehannya didalam pelbagai bidang didalam industri kreatif atau dunia perfileman, seni suara, seni muzik, penggubahan lagu, lawak jenaka, penulisan skrip atau pengarahan filem.



Namun Arwah P.Ramlee di khianati pelbagai pihak. Baik dari pihak Shaw Brothers, EMI malah Media Penerbitan serta Radio & Televisyen Malaysia. Belum lagi di kira pengkhianatan oleh anak didik Arwah sendiri iaitu Arwah Jins Shamsuddin.


Semasa P.Ramlee masih hidup, di akhir hayat Arwah, ia di perlakukan seperti sampah. 

Petikan dari perkongsian blog lain:
Pada penghujung kariernya, P. Ramlee telah di jemput ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk 'Konsert 3 Ramlee' yang menggabungkan beliau, A. Ramlee dan L. Ramlie. Bila tiba gilirannya menyanyi, penonton beramai-ramai telah 'boo' beliau yang ketika itu baru hendak membuat persembahan di pentas utama.
Pada tahun 1968, syarikat rakaman EMI yang banyak mengaut keuntungan daripada nyanyiannya bertindak MENAMATKAN kontraknya. Muka P. Ramlee merah padam apabila Mr. Devan (EMI) memberitahu beliau yang lagunya orang dah tak boleh terima dan suaranya dah tidak digemari. P. Ramlee selepas itu bersumpah tidak akan lagi bekerjasama dengan syarikat tersebut yang selama ini membuat kekayaan dari lagu-lagunya.
Pengeluar filem Shaw Brothers yang kaya-raya hasil karya Allahyarham juga telah mengeluarkan satu surat yang KONTRAK P. RAMLEE TAK AKAN DISAMBUNG LAGI.
Tahun 1972-1973 adalah tahun yang paling sedih buat P. Ramlee kerana dia langsung takda sumber pendapatan, tiada show, tiada tawaran mengarah/ berlakon filem dsbnya sehingga beliau dan isteri Saloma terpaksa mengambil upah dengan menyanyi di kenduri kahwin dan jadi hakim pertandingan nyanyian. Bila P. Ramlee nak buat filem warna ketika itu, semua bank menolak permohonannya untuk meminjam wang.
Malah RTM juga tidak menawarkan sebarang peluang untuk dia buat show/ menyanyi...bila arwah pergi ke sana untuk menemani isteri Saloma buat program, P. Ramlee hanya duduk di kantin sahaja. 
Dalam kunjungan terakhirnya ke Singapura untuk Pesta Filem Asia Pasifik, P. Ramlee yang ketika itu di calonkan untuk filem Laksamana Do Re Mi, telah masuk ke dewan. 
Tiada siapa pun delegasi dari Malaysia yang pelawa beliau untuk duduk sekali dengan mereka...akhirnya dia cari sendiri kerusi dan duduk dengan delegasi Singapura, di belakang Aziz Sattar.
" Yam, orang dah tak peduli saya, karier saya pun orang dah tak suka...saya dah tua. Cita-cita saya nak jadikan filem Melayu lebih maju telah gagal, saya kecewa," katanya pada iparnya, Maryam. 
P. Ramlee mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sampai hanya makan nasi dengan telur...
Sebelum subuh 29 Mei 1973, P. Ramlee diserang sakit jantung di rumahnya dalam usia 44 tahun dan meninggal dunia...Al-Fatihah.

H.M Shah membiayai pengebumian Alllahyarham P.Ramlee, dengan memberikan wang sebanyak RM3,000 kepada Saloma.

Jenazah P.Ramlee dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.



Saya berusia 15 tahun semasa P.Ramlee meninggal dunia. Saya masih ingat bahawa hati saya sungguh sedih apabila mendapat perkhabaran itu. Saya menyorok di bawah tangga rumah kami di kampong. 

Saya menangis penuh hiba kerana saya adalah seorang peminat tegar P.Ramlee sampai ke hari ini dan peribadi saya ini amat terkesan dengan segala pembawaan P.Ramlee baik di dalam tuturkata saya atau rasa cinta terhadap sastera dan kebudayaan serta adat resam orang-orang Melayu.

Geng P.Ramlee. Begitu lah pengenalan diri saya ini kerana membesar di era dan zaman kegemilangan filem-filem P.Ramlee. Tiada apa yang perlu merasa malu terhadap pengakuan sebegitu.

P.Ramlee membawa bangsa Melayu ke persada ketinggian adat budaya dan bahasa. Dailog-dailog di dalam filem-filemnya dan bait bait lirik di dalam lagu-lagunya melambangkan ketinggian tatasusila dan peradaban Melayu. Didalam lagu lagu nyanyian nya, sampai ke hari dan saat ini, kita boleh menikmati dan menghayati kehalusan berbahasa dan menuturkan kata serta meluahkan rasa cinta terhadap wanita, nusa dan bangsa.

Sebagai contoh, dengarkan lagu berjudul 'Jangan adik angan-angan' dari filem 'Musang Berjanggut' nya ini:


Saya masih teringat pesanan P.Ramlee kepada masyarakat tanahair ini untuk memelihara dan menyuburkan khazanah budaya bangsa.
Sempena hari ulangtahun ke 47, kepulangan P.Ramlee ke Rahmat Allah pada tarikh hari ini, marilah kita hadiahkan kepada Arwah, bacaan Surah Al Fatihah sebagai titipan kita untuk Arwah kesayangan kita semua.
Amin ya Rahman.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 505